Mesti ramai daripada ibubapa yang bertanya apakah sebab bayi mereka mengalami kekuningan. Susu dah cukup, penjagaan dah rapi tetapi masih lagi kuning.

Perlu diketahui bahawa kuning juga dipanggil sebagai Jaundice dalam istilah perubatannya. Kekuningan pada bayi belaku atas banyak faktor dan penyebab. Mari kita menelaah sedikit untuk mengetahui bagaimana kuning itu berlaku

Bayi Ketika di dalam Kandungan

Bayi tidak boleh bernafas ketika mana di dalam kandungan. Oleh itu, pertukaran gas berlaku pada placenta dimana di situ darah bayi akan bertukar gas oksigen dan karbon dioksida dengan darah ibu. Bukan itu sahaja, bahan kumuh bayi seperti bilirubin yang menyebabkan kekuningan pun akan disingkirkan daripada placenta kpd ibu.

Ketika di dalam kandungan, bayi memerlukan jumlah sel darah merah yang tinggi untuk menarik gas oksigen dengan lebih banyak kepada bayi. Ini juga menyebabkan kompaun haemoglobin yang berfungsi untuk menyimpan oksigen adalah tinggi di dalam bayi.

19510Haemoglobin yang berfungsi untuk membawa oksigen

Tetapi apabila bayi telah lahir, bayi mampu bernafas dengan sendiri dan memberikan kepekatan oksigen yang lebih tinggi ke dalam darah. Oleh itu, bayi tidak memerlukan jumlah sel darah merah yang tinggi. Sel-sel darah ini akan dihapuskan di dalam hati dan limpa(spleen).

Bilirubin penyebab warna kuning pada bayi

Jangan terlupa Kompaun Hemoglobin yang bertujuan untuk membawa oksigen tadi itupun perlu diurai dan dibuang daripada badan. Ketika mana ia diuraikan, kompaun haemoglobin akan bertukar menjadi bilirubin setelah menjalani beberapa proses.

Kompaun bilirubin ini tidak larut air tapi larut lemak. Bermaksud ia senang melepasi sel membrane dan keluar ke bahagian kulit dan juga ke dalam otak. Sebab itu semakin tinggi kepekatan dalam darah, semakin tinggi kemungkinan ia memasuki bahagian.

Selain daripada itu, lapisan yang melindungi otak(Blood Brain Barrier) belum matang sepenuhnya ketika bayi baru sahaja dilahirkan. Ini memudahkan ia masuk ke dalam otak dan merosakkan bahagian tersebut

jaundice-in-newborn-babiesWarna Kuning pada kulit dan mata bayi adalah disebabkan kehadiran kompaun bilirubin

Ketidakmatangan hati menyebabkan kekuningan

Bilirubin perlu ditukar kepada suatu kompaun bilirubin yang larut dalam air yang dikenali sebagai ‘Conjugated Bilirubin’. Ini bertujuan supaya kompaun tersebut boleh dikeluarkan daripada darah ke dalam hempedu dan kemudian ke dalam usus.

Warna najis yang kekuningan adalah disebabkan kehadiran kompaun ‘conjugated bilirubin’. Bayi yang mempunyai warna najis yang pucat dan tidak berwarna kuning mungkin mengalami penyakit saluran hempedu tersumbat.

nejmct0708376_f1Gambar menunjukkan bagaimana bilirubin disingkirkan daripada badan

Tetapi bagi bayi, hati mereka tidak matang. Bermaksud hati masih lagi tidak cekap dalam membuang kompaun bilirubin. Ini menyebabkan kompaun bilirubin semakin meningkat dan bayi mengalami kekuningan.

Faktor Risiko

Boleh saya katakan bahawa kuning pada bayi adalah sesuatu yang normal disebabkan badan bayi memang tercipta sedemikian rupa. Ia menjadi tidak normal apabila tahap bilirubin tersebut terlampau tinggi.

Dan tahap bilirubin yang tinggi ini boleh disebabkan beberapa faktor risiko(Risk factor) seperti yang disenaraikan:
1) Ibu yang mempunyai darah jenis O
2) Anak yang mempunyai kekurangan enzim Glucose-6-phosphate dehydrogenase(G6PD)
3) Bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan
4) Ibu yang mempunyai darah rhesus negative
5) Jangkitan kuman pada bayi
6) Dan beberapa lagi

Jika bayi mempunyai faktor risiko seperti yang tertera, dia mungkin akan mengalami kekuningan dengan tahap bilirubin yang tinggi.

Sebab itu di klinik, kita akan memantau tahap bilirubin untuk beberapa hari. Jika ia tinggi, maka perlu masuk hospital untuk diletakkan bawah lampu

Nasihat kami

Kuning boleh menjadi sesuatu yang normal dan juga tidak normal bergantung kepada tahap kekuningan seseorang bayi. Jika tahap kuning bayi masih rendah, diharap ibubapa tidak terlampau risau dan terus menerus memberi susu ibu kepada bayi anda.

Tetapi jika bacaan kuning tinggi dan doktor menasihati untuk masuk ke dalam wad, kami pun akan menasihati perkara yang sama.

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, boleh like page kami Root Of Science

sumber : rootofscience.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.