Kenapa Kita Berasa Mengantuk Selepas Makan?

Oleh :  Dr Fatimah Binti Salim
Pensyarah Kanan
Institut Atta-ur-Rahman UITM

Saya baru sahaja selesai makan tengahari yang berat dan banyak. Maka badan berasa malas dan ‘mengantuk’. Sambil-sambil menunggu mata tertutup, saya buka Facebook dan menariknya seorang rakan FB ‘mention’ saya pada status beliau bertanyakan mengenai bahan kimia semulajadi dalam sesetengah makanan yang boleh menyebabkan kembung atau lebih mesra dengan panggilan ‘angin perut’ dalam budaya kita. Dan saya, terus berasa ‘segar’ kerana topik semacam ini sememangnya saya sangat suka untuk bincangkan.

Tahukah anda apakah proses kimia badan yang menyebabkan perubahan ‘mengantuk’ ke ‘segar’ yang berlaku kepada saya?

Sebenarnya selepas mengambil makanan yang tinggi dengan karbohidrat, kadar penghasilan bahan kimia insulin dalam badan akan meningkat secara mendadak.

Apakah itu insulin dan bagaimana struktur kimia insulin?

Insulin merupakan sejenis protein hormon iaitu bahan kimia perangsang (stimulant). Struktur kimia insulin terdiri daripada 53 unit asid amino yang terbentuk secara dimer melalui rantaian-A (21 unit) dan rantaian-B (30 unit), dan kedua rantaian peptide ini terikat melalui dua ikatan disulfide (rujuk gambar di bawah 👇🏻).

Ilustrasi Struktur Insulin

Di manakah insulin dihasilkan dan Apakah fungsinya?

Dalam badan kita, insulin dihasilkan oleh beta sel dalam pancreas. Beta sel ini bertindak seperti ‘pengawas’ yang mengawal kandungan gula dalam darah.

Bilamana kandungan glucose (gula) dalam darah TIDAK berada dalam keseimbangan, beta sel ini akan menghasilkan insulin. Fungsi insulin ialah untuk mengawal selia metabolisma carbohydrates terutamanya gula dalam darah kepada tisu badan iaitu hati, lemak dan otot.

Apabila kadar gula dalam darah tinggi, insulin akan bertindak ke arah mengurangkannya dan bilamana kandungan gula dalam darah berkurangan, maka insulin akan bertindak ke arah meningkatkannya.

Dan untuk keadaan pengambilan makanan yang mengandungi carbohydrate (tinggi gula) yang berlebihan tadi, insulin akan bertindak ke arah mengurangkan kandungan gula dalam darah.

Mengapakah kita berasa mengantuk tadi?

Disebabkan tindakbalas yang mendadak ini, badan kita akan menghasilkan bahan kimia perangsang ‘tidur’ yang mana ditukarkan kepada bahan kimia serotonin dan melatonin. Kehadiran kedua bahan kimia ini dalam otak akan menyebabkan kita berasa mengantuk.

Ilustrasi Struktur Melatonin Ilustrasi Struktur Serotonin

Tujuan keadaan ini berlaku adalah tindakbalas semulajadi badan untuk mengurangkan aktiviti badan yang lain agar badan boleh fokus sepenuhnya ke arah proses penghadaman yang berat tadi.

Untuk keadaan saya tadi, disebabkan minat yang mendalam terhadap topic yang dibincangkan, badan saya menghasilkan bahan kimia focus iaitu dopamine yang mana berjaya mengatasi rangsangan tidur dan menyebabkan saya berasa ‘segar’.

Ilustrasi Struktur Dopamine

Kesimpulannya, kita mampu mengawal tindakbalas dalam badan terutamanya yang melibatkan keseimbangan bahan kimia di dalam otak dengan pengubah cara kita berfikir.

Terima kasih kepada rakan FB tadi yang menjadi ‘perangsang’ luaran punca perubahan cara berfikir tadi. Untungnya gula yang sepatutnya disimpan di dalam tisu hati atau lemak (yang ini boleh menyumbang ke arah kegemukkan), namun telah diberikan kepada sel otot dan ditukarkan kepada tenaga.

Artikel berkaitan –

Kredit Foto : Shutterstock

142total visits,141visits today

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.