Kenderaan Di Eropah Perlu Dilengkapi Sistem Automatik Mengehadkan Kelajuan Menjelang 2022

Faktor utama kemalangan di jalan raya memandu melebihi halaju. Pemandu kemudian hilang kawalan atau gagal berhenti sebelum merempuh kenderaan lain. Kesatuan Eropah (EU) akan mengambil jalan drastik memperkenalkan sistem Bantuan Kelajuan Pintar (Intelligent Speed Assistance ISA) dipasang pada semua kenderaan yang dijual di benua Eropah bermula 2022. Peraturan ini telahpun dipersetujui secara sementara oleh ahli EU.

Sistem ISA ini berfungsi dengan mengesan kedudukan kenderaan menggunakan GPS sebelum mengenalpasti halaju maksimum yang ditetapkan. Komputer kenderaan kemudian akan mengurangkan kelajuan mengikut halaju tersebut. Dengan wujudnya ISA, EU berharap kemalangan maut akan turun ke sifar menjelang 2050.

Walaupun tempoh perlaksanaan masih lagi jauh, pengeluar seperti Ford, Mercedes-Benz, Peugeot-Citroen, Renault dan Volvo sudahpun menjual beberapa model kenderaan dengan sistem ISA terbina. Volvo misalnya mengehadkan kelajuan kenderaan mereka ke 180 km/j sahaja bermula 2020.

Sistem ISA ini amat berguna terutamanya di kawasan sekolah dan perumahan di mana pemandu kerap alpa dengan halaju kerana ditetapkan amat rendah. Sekiranya pemandu ingin memandu lebih laju untuk tujuan memotong kenderaan misalnya, ISA boleh dipintas dengan menekan minyak. Selepas memotong sistem ISA kembali mengambil alih urusan kelajuan kenderaan. Ia juga boleh dimatikan tetapi akan diaktifkan semula setiap kenderaan dihidupkan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.