Kerajaan Akan Melabur RM10 Juta Untuk Membangunkan E-Sukan Sebagai Sebuah Industri

Aktiviti e-sukan semakin popular di kalangan belia di Malaysia, dan semakin banyak pertandingan-pertandingan e-sukan yang diadakan setiap hujung minggu.

Sewaktu pembentangan Belanjawan 2019, Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyatakan bahawa kerajaan akan melabur sebanyak RM10 juta untuk mengembangkan industri e-sukan tempatan.

Pelaburan tersebut juga dikatakan akan disalurkan kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk   membangunkan industri tersebut sebagai sebuah aktiviti riadah yang bukan sahaja seronok dan sihat untuk golongan belia, tetapi juga sebuah industri yang meguntungkan.

Mungkin selepas ini, kita akan melihat lebih banyak lagi pertandingan-pertandingan e-sukan hadir di arena tempatan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.