Kerajaan Akan Meminda Permohonan Lesan PSV Golongan OKU Untuk Perkhidmatan Seru-Pandu

Pertengahan bulan lalu, pihak JPJ mengumumkan golongan OKU dengan lesen kelas A atau A1 secara automatik tidak lagi dibenarkan meneruskan perkhidmatan mereka sebagai pemandu perkhidmatan seru. Merujuk seksyen F pada borang JPJ L84 telah mengatakan larangan terhadap pemandu yang mempunyai masalah kesihatan daripada kelayakan lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV). Antara senarai kesihatan yang dinyatakan adalah seperti pekak, buta warna, pergerakan yang terhad dan kencing manis.

GrabCarReaksi dari pemandu seru pandu dengan lesen kelas A dan A1 adalah negatif kerana risau periuk nasi mereka akan terjejas selepas 12 Julai kerana mereka memerlukan lesen PSV untuk beroperasi. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook  dipetik berkata kerajaan kini merancang untuk melakukan pindaan terhadap permohonan lesen PSV. Ini adalah bagi membolehkan golongan OKU boleh meneruskan kerjaya mereka sebagai pemandu perkhidmatan seru-pandu.

Pengenalan lesen PSV, penggunaan pelekat khas, mengubah status kenderaan peribadi dan perlu memiliki alat pemadam api adalah antara syarat yang dikenakan kerajaan bagi membenarkan perkhidmatan seru-pandu berfungsi secara sah. Mereka kini perlu mematuhi garis panduan yang selama ini perlu dipenuhi oleh pengendali perkhidmatan teksi.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.