Kerajaan Ingin Mengesahkan Akaun Media Sosial Dibawah Mereka – Elak Penyebaran Berita Palsu

Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo kini mengatakan yang mana kerajaan sedang melihat kepada untuk mengesahkan pelbagai akaun media sosial milik kerajaan dan agensi dibawah mereka.

Seperti ramai sedia maklum, pelbagai media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya mempunyai kaedah dan mekanisme pengesahan tersendiri – sekaligus memastikan pengguna mengetahui ia adalah saluran rasmi untuk sesuatu jenama, syarikat, organisasi dan sebagainya.

Langkah ini juga disediakan oleh media sosial dalam usaha untuk memudahkan pengguna mengetahui yang mana mereka menerima maklumat adalah daripada saluran rasmi – dan bukannya akaun palsu. Ia sekaligus mengurangkan lagi penyebaran berita-berita dan info yang kurang tepat.

Pada hari ini sendiri, terdapat pelbagai akaun media sosial milik kerajaan dan agensi dibawah mereka yang masih belum disahkan – termasuk milik Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia sendiri di Twitter.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.