Berita Menarik

Kerajaan larang permainan Pokemon Go di kawasan keselamatan

Pembaca : 11
0 0

Permainan maya popular Pokemon Go dilarang di kawasan keselamatan milik Kementerian Pertahanan untuk mengelak sebarang ancaman keselamatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, larangan itu dibuat kerana dibimbangi permainan maya itu mungkin merakam aset-aset sensitif pertahanan negara semasa dimainkan.

“Sebab itu saya arahkan bahagian risikan jangan benarkan sekurang-kurangnya di lokasi-lokasi sensitif.

“Kalau guna Google Earth ada kawasan sensitif seperti Empangan Bakun yang tidak boleh dilihat, jadi saya bimbang dengan aplikasi baharu ini ia memperalatkan orang ramai, khususnya warga kementerian, untuk dedahkan lokasi sensitif,” katanya.

Hishammuddin berkata, beliau telah meminta panglima ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia supaya mengharamkan permainan itu di kawasan masing-masing yang dianggap sensitif.

“Saya telah menyatakan kepada mereka memang harus diharamkan tetapi keputusan mengharamkan di kawasan berkenaan bergantung kepada pihak yang berkuasa di kawasan-kawasan berkenaan,” katanya.

Semalam, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, menyarankan anggotanya tidak bermain Pokemon Go kerana dibimbangi mempunyai unsur pencerobohan dan ancaman keselamatan.

Beliau berkata, permainan itu yang menggunakan Sistem Pengesan Kedudukan Global dikhuatiri mampu memberi ancaman terhadap keselamatan kem, peralatan atau anggota sendiri.-15/8/2016

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.