Perdana Menteri Malaysia hari ini telah melancarkan secara rasminya sebuah laman sesawang khusus dalam menjadi pusat setempat untuk rujukan berkaitan vaksin Covid-19, iaitu vaksincovid.gov.my. Melalui laman setempat berkenaan, ia menawarkan sebuah buku panduan khusus untuk orang ramai mengetahui sepenuhnya berkaitan dengan penawaran vaksin Covid-19 di Malaysia.

Laman VaksinCovid ini juga turut menghimpunkan sejumlah video dalam menyampaikan kepentingan dan kelebihan menggunakan vaksin dalam usaha untuk mengekang penularan wabak Covid-19, selain pada masa yang sama menjadi orang disekeliling kita.

Buku panduan yang disertakan turut memberikan petanda yang mana laman ini turut akan digunakan sebagai salah satu pusat sehenti bagi pengguna melakukan pendaftaran untuk menerima vaksin kelak.

Muat-Turun Buku Panduan Vaksin Covid-19 Malaysia (PDF)

Layari : VaksinCovid.gov.my

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.