TechSemut Malaysia

Kerajaan Merancang Untuk Mengambil Alih Tapisan Pemandu Dari Grab Dan Uber

Kerajaan Merancang Untuk Mengambil Alih Tapisan Pemandu Dari Grab Dan Uber

Kerajaan Merancang Untuk Mengambil Alih Tapisan Pemandu Dari Grab Dan Uber
Mei 30
10:10 2017

Perkhidmatan e-hailing akan memerlukan kelulusan dari pihak berkuasa sebelum merekrut pemandu baru. Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Syed Hamid Albar berkata agensi kerajaan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan dan polis akan mengambil alih tapisan pemandu atas dasar keselamatan.

Pada kejadian baru-baru ini di mana seorang pemandu Uber merompak penumpangnya dengan pisau menyebabkan kerajaan berasa perlu mengambil berat tentang proses tapisan pemandu pada perkhidmatan e-hailing ini. Pada masa ini, setiap syarikat menyaring calon yang berpotensi dengan sendiri. Uber dan Grab mendakwa mempunyai prosedur pemeriksaan yang teliti, tetapi ini nampaknya tidak cukup bagi pihak berwajib.

Perubahan kepada Akta Pengangkutan Jalan 2010 akan ditetapkan untuk perbincangan susulan di Parlimen pada bulan Julai. Pindaan baru akan memerlukan perkhidmatan seperti Uber dan Grab menyerahkan pangkalan data pemandu kepada SPAD untuk pemeriksaan latar belakang.

Syed Hamid telah berkata bahawa ini akan menjadi satu langkah yang perlu dilakukan sebelum pemandu akan diberikan lencana pemandu. Kerajaan akan mengeluarkan lencana dimana ini adalah salah satu syarat yang ditetapkan untuk legalisasi perkhidmatan ride-sharing dan e-hailing di Malaysia.

Pada masa ini, Uber dan Grab menggunakan perkhidmatan pihak ketiga untuk menjalankan pemeriksaan latar belakang pada semua pemandu baru. Dan Grab memerlukan pemandu yang berpotensi untuk menghadiri kursus latihan dan lulus dengan ujian yang diberi

SOS
LOWYAT

sumber : http://techoais.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com