Kerajaan Singapura Membentang Rang Undang-Undang Untuk Mengawal Selia Harga Perkhidmatan Seru Pandu

Dikala ramai pengelola seru-pandu Malaysia risau akan tarikh 12 Julai 2019 dimana terdapat kebarangkalian bahawa mereka akan kehilangan sebahagian besar daripada tenaga pemandu, kerajaan Singapura kini berada beberapa langkah dihadapan, dimana mereka sedang membincangkan sebuah rang undang-undang baru yang dinamakan Point-To-Point Passenger Transport Industry Bill.

Dengan rang undang-undang ini, kerajaan Singapura, melalui Public Transport Council (PTC) akan diberikan kuasa untuk mengawal-selia harga yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat seru-pandu ini, seperti Grab dan Go-Jek.

Buat masa ini, pihak PTC sudahpun menyelia tanda harga perkhidmatan bas dan MRT, dan jika undang-undang tersebut disahkan, PTC boleh meminta syarikat-syarikat tersebut untuk menerangkan bagaimanakah mereka mendapatkan tanda harga yang dicas kepada pengguna, termasuklah cas harga lonjakan.

Rang undang-undang ini, yang dibentangkan pada hari Isnin lepas, akan didebatkan di sidang Parlimen Singapura bulan depan, dan pihak PTC mengharap bahawa undang-undang ini akan menstrukturkan undang-undang yang memberi kebaikan kepada pengelola, pemandu dan penumpang perkhidmatan seru-pandu ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.