Kerajaan Switzerland Ingin Orang Ramai Menguji Sistem Undian Atas Talian Mereka – Habuan Sebanyak RM120000 Ditawarkan

Sistem pengundian digital adalah sesuatu yang sering dibincangkan kebelakangan ini, tetapi implimentasinya adalah sesuatu yang sukar untuk diterima kerana terdapat pelbagai isu sekuriti yang perlu dititikberatkan sebelum ia boleh digunakan secara meluas.

Kerajaan Switzerland adalah salah satu kerajaan pertama yang nampaknya ingin menggunakan sistem undian atas talian (e-voting) di dalam pilihanraya mereka akan datang, tetapi ia nampaknya sedang menerima tentangan yang hebat daripada beberapa ahli politik dan juga pakar komputer yang ingin mengharamkan teknologi tersebut.

Sistem undian atas talian ini sudahpun dilengkapi, tetapi untuk meyakinkan ahli-ahli politik dan pakar-pakar tersebut, kerajaan Switzerland bercadang untuk menguji sistem pengundian tersebut dengan membenarkan orang ramai untuk mengujinya dengan ujian penembusan terbuka (Public Intrusion Test).

Mereka mengajak orang ramai, termasuklah mana-mana kumpulan penggodam untuk cuba menggodam sistem tersebut. Sebagai habuan, mana-mana individual atau kumpulan yang berjaya menggodam sistem undian tersebut akan diberikan ganjaran tunai dari $100 (RM400) sehingga $30000 (RM120000) berdasarkan kategori sistem ataupun maklumat yang digodam.

Ujian PIT ini akan dimulakan pada 25 haribulan Februari dan akan dijalankan selama seminggu. sehingga 2 haribulan Mac.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.