Kerangka iPhone 12 Tertiris Mengesahkan Rekaan Yang Didedahkan Sebelum Ini

Acara khas akan dilangsungkan oleh Apple minggu ini untuk melancarkan Apple Watch, iPad dan juga iPhone baharu. Beberapa rekaan yang tertiris sebelum ini memberikan petanda iPhone tahun ini akan mempunyai sisi yang rata seperti iPad Pro, dilengkapi lensa untuk LiDAR dan sambungan Smart Connectero pada bahagian sisi.

Hujung minggu lalu sebuah video diterbitkan di Twitter menunjukkan kerangka aluminium sebuah peranti yang didakwa adalah iPhone 12 Pro. Sisi rata dapat dilihat dengan jelas dengan sambungan Smart Connector, bicu laras audio dan butang membisukan notifikasi dapat dilihat pada sisi kiri.

Modul kamera mempunyai lima lubang dengan tiga untuk lensa kamera, satu untuk flash dan satu lagi untuk LiDAR. Pada panel belakang dapat pula dilihat pelapik berwarna hitam untuk sistem pengecasan nirwayar. iPhone 12 dan 12 Pro dipercayai akan dilancarkan minggu ini tetapi hanya akan mula dijual pada bulan October.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*