Kerangka Tahan Lasak Untuk Apple AirPods Dihasilkan

Apple AirPods ialah produk Apple dengan tahap kepuasan tertinggi yang pernah dihasilkan. Majoriti pengguna memuji kualiti audio dan kemudahan ia ditambat kepada peranti. Ia juga merupakan antara aksesori yang termahal dihasilkan dengan harga mencecah RM 849. Bagi mengelakkan kerosakan, kerangka tahan lasak telah dihasilkan untuk fon telinga ini.

Kerangka Elago yang dihasilkan daripada silikon ini menyeliputi keseluruhan tempat simpanan AirPods. Dengan ketebalan 1.3mm, ia cukup tebal untuk menyerap hentakan sekaligus mengelakkan kerosakan. Terdapat beberapa pilihan warna seperti selain putih iaitu hitam, merah jambu, biru dan indigo bagi mereka yang mungkin mahukan variasi. Harga jualan Elago Silicone Case ialah $9.49 (~RM 42) sebuah.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.