TechSemut Malaysia

Kereta Elektrik Uniti Ditawarkan Dengan Pengecasan Percuma Selama Lima Tahun

Kereta Elektrik Uniti Ditawarkan Dengan Pengecasan Percuma Selama Lima Tahun

Kereta Elektrik Uniti Ditawarkan Dengan Pengecasan Percuma Selama Lima Tahun
Disember 06
07:27 2017

Ledakan penggunaan kenderaan elektrik akan menyebabkan masalah pengecasan dalam masa terdekat. Di Eropah, sudah terdapat usaha untuk membina stesen pengecasan bagi menggantikan stesen minyak. Di Malaysia port pengecasan sudah mula diletakkan di stesen minyak di lebuh raya utama. Pemilik kenderaan masih perlu membayar caj pengecasan. Tetapi ini tidak akan menjadi masalah kepada bakal pemilik Uniti.

Uniti ialah kenderaan elektrik yang akan dilancarkan di Sweden. Pakej menarik yang ditawarkan ialah pengecasan kenderaan percuma selama lima tahun dari rumah. Pengeluar Uniti bekerjasama dengan pembekal elektrik E.ON untuk penawaran ini. Pada waktu yang sama sumber elekrtik akan dijana sepenuhnya menggunakan solar bagi mengurangkan impak ke atas alam sekitar.

Kenderaan ini dijual pada harga €19,900 (~RM 95,850)  tetapi boleh dipra-tempah pada harga €149 (~RM 718). Penghantaran kenderaan pertama dijangka bermula 2019.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com