Kereta pandu sendiri Google, memandu di sekitar Mountain View

Anda masih ingat entri daripada Hasnan mengenai kereta pandu sendiri Google pada 1 Mar 2015? Kini kelihatan kenderaan itu sudah memandu dirinya sendiri sekitar bandar Mountain View. Kereta ini dilihat memandu dirinya sendiri pada kelajuan 25 batu-per-jam. Sesiapa yang tinggal di sana berpeluanglah untuk melihat kereta ini beraksi.

Future-technology-Concept-of-the-car-with-the-autopilot-Google

Kereta ini yang sememangya direka khas untuk memandu sendiri tanpa perlu dikawal oleh tenaga manusia ini bermaksud kereta tersebut tidak mempunyai sebarang steering ataupun pedal minyak. Akan tetapi seperti gambar di bawah, ianya mempunyai steering dan pedal. Google menyatakan bahawa prototaip tesebut memang mepunyai steering dan pedal kerana ianya dikawal penuh menggunakan komputer, akan tetapi projek ini masih dalam pembangungan dan Google menyatakan bahawa produk yang siap tidak akan mempunyai sebarang kemudi.

goog

Kereta pandu sendiri Google adalah satu projek yang sangat inovatif, akan tetapi jika projek ini dilancarkan pada pasaran, sudah semestinya ia tidak datang dengan harga yang murah. Ciri-ciri keselamatan juga adalah amat penting kerana kereta ini dikawal sepenuhnya di bawah pengurusan berkomputer. Maka ciri keselamatan adalah amat penting untuk mengelakkan daripada kes godam atau hijack.