Kereta Terbang ‘Vector’ Diumumkan Di Acara LIMA’19 – Akan Hadir Seawal Jun Ini

Pada awal bukan, kami telah melaporkan yang Malaysia bakal hadir dengan kereta terbang tersendiri. Kereta terbang ini disasarkan untuk penggunaan di sektor pengangkutan dan pertanian. Terkini, di acara LIMA’19 – sebuah model kereta terbang dengan nama ‘Vector‘ telah diumumkan.

Vector adalah kereta terbang dari syarikat tempatan. Ia menggunakan sistem modular, di mana kokpit kereta terbang ini boleh bertukar antara kokpit penumpang (manusia), kokpit kargo atau juga kokpit untuk sistem pengawasan (sekuriti). Vector dijana dengan bateri untuk kuasa dan empat motor yang kelihatan seakan kipas meja sebagai enjin untuk terbang.

Kereta terbang ini mampu menampung berat 200KG, terbang pada ketinggian 50m dari darat, mempunyai kelajuan sehingga 60 km/j dan masa penerbangan mencecah 90 minit. Vector ini dihasilkan oleh syarikat Aerodyne Group yang sudah berpengalaman dengan teknologi dron. Mereka menyasarkan yang kereta terbang ini akan tersedia seawal Jun ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran “kereta terbang” ini.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.