OKU berkerusi roda menghadapi pelbagai cabaran harian untuk hidup seperti insan normal. Dari pengangkutan awam yang tidak mesra kerana tiada lif hingga lorong pejalan kaki dihalang motosikal. Halangan yang sama turut ditemui apabila ingin menaiki kapal terbang. Kerusi roda perlu dimasukkan ke ruang kargo dan setiap tahun ribuan mengalami kerosakan kerana pengendalian pekerja lapangan terbang yang culas.

Revolve Air ialah kerusi roda yang ingin menyelesaikan isu ini. Ianya boleh dilipat kecil dan dimasukkan ke dalam ruang bagasi dalam pesawat. Pada waktu yang sama masih mengekalkan penggunaan roda bersaiz besar dan tempoh pemasangan yang sama seperti kerusi roda standard.

Ia direka oleh Andrea Mocellin yang sebelum ini mencipta roda boleh dilipat Revolve. Dari tayar ia kini menjadi sebuah kerusi roda bersaiz penuh. Kelebihan Revolve Air ialah tayar yang boleh dilipat seperti payung dan bahan binaan ringan. Menurut Mocellin, Revolve Air mengambil ruang 60% lebih kecil berbanding kerusi roda biasa.

Terdapat perancangan menyewakan Revolve Air di lapangan terbang untuk kegunaan OKU. Ia boleh ditempah dengan menggunakan aplikasi khas. Pengeluaran Revolve Air dijangka bermula 2022 dengan harga jualan €2,000 (~RM9,000) sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.