Kes Saman VirnetX Ke Atas Apple Melibatkan Ganti Rugi RM1.8 Bilion Kembali Ke Mahkamah

VirnetX mengheret Apple ke mahkamah pada tahun 2010 kerana dikatakan menggunakan empat teknologi yang dipatenkan oleh mereka tanpa membayar lesen yang sewajarnya. Semalam mahkamah rayuan menerima rayuan Apple ke atas bayaran ganti rugi berjumlah $439,727,418 (~RM 1.8 Billion) yang dianugerahkan oleh mahkamah Texas pada April tahun lau.

Mahkamah memutuskan Apple tidak melanggar dua dari empat paten milik VirnetX yang melibatkan sistem keselamatan atas talian milik mereka yang digunakan pada aplikasi seperti iMessage. Oleh sebab itu ganti rugi yang dianugerahkan terbatal dan kedua-dua pihak perlu kembali ke mahkamah untuk menyelesaikannya sekali lagi.

Mahkamah rayuan mengatakan hakim di Texas perlu memilih sama ada untuk membicarakan semula kes atau memberikan nilai ganti rugi baharu kepada Virnet X. Selepas gagal dalam rayuan mereka Januari lalu, Apple menegaskan Virnet X adalah sekadar sebuah syarikat toyol paten yang tidak pernah menghasilkan produk.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.