TechSemut Malaysia

Ketahui apakah jenis-jenis galaksi & ciri-cirinya?

Ketahui apakah jenis-jenis galaksi & ciri-cirinya?

Ketahui apakah jenis-jenis galaksi & ciri-cirinya?
Januari 27
01:30 2017

1a

Galaksi adalah sebuah sistem yang terdiri daripada bintang-bintang, gas-gas (terutama hidrogen), habuk-habuk dan jirim gelap yang mengorbit pada satu pusat yang sama. Kesemua unsur ini akan diikat oleh tarikan graviti. Setiap galaksi mempunyai jumlah bintang yang berbeza-beza. Ada yang mempunyai jumlah sebanyak 10 juta bintang, malah ada galaksi yang mempunyai jumlah yang menjangkau 10 trilion bintang-bintang! Galaksi dimana bumi berada bernama galaksi bima sakti atau milky way. Bima sakti terdiri daripada 200 bilion bintang, dimana matahari merupakan salah satu daripadanya.

Apakah jenis-jenis galaksi?

Galaksi diumpamakan seperti pulau-pulau di alam semesta dan ia datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sehingga ke hari ini, saintis masih belum sepenuhnya pasti bagaimanakah galaksi dilahirkan dan mempunyai pelbagai bentuk tersebut. Pada tahun 1936, Edwin Hubble telah menyusun bentuk-bentuk galaksi di dalam susunan yang dikenali “Hubble Sequence”. Bentuk galaksi dalam Hubble sequence adalah :

Elips / Elliptical

Hubble menyusun bentuk-bentuk galaksi dari E0 (berbentuk bulat) sehinggalah E7 (Paling elips). Galaksi berbentuk elips mengisi 60% komposisi di alam semesta. Galaksi elips biasanya kabur dan tidak mempunyai bintang-bintang yang cerah.

Lingkaran / Spiral

Galaksi bima sakti adalah contoh galaksi berbentuk lingkaran. Berbeza dengan galaksi elips, galaksi berbentuk lingkaran sangat terang dan mempunyai banyak bintang-bintang yang cerah. Galaksi ini mengisi 20% komposisi di alam semesta. Galaksi lingkaran dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu – S0, Normal spiral, Sa, Sc, Barred spiral, SBa dan SBc.

wes

Apakah komponen pada galaksi?

Galaksi terdiri daripada beberapa komponen iaitu – Rujuk : Rajah

Cakera galaksi / Galactic disc :

Kebanyakan daripada 200 bilion galaksi pada bima sakti berkumpul di sini. Galactic disk terdiri daripada beberapa komponen lain pula iaitu Nukleus (pusat kepada galactic disk), Bulge (kawasan sekitar nukleus), Spiral arm (lingkaran ini bersambung keluar daripada pusat galaksi. Sistem solar terletak di kawasan spiral arm ini). Galaksi jenis elips tidak mempunyai komponen galactic disc.

Kelompok Globu / Globular Cluster :

Adalah kelompok yang berada di bahagian atas dan bawah galaksi. Bintang-bintang yang berada di globular cluster adalah lebih tua berbanding bintang di galactic disc.

Halo :

Adalah kawasan yang kabur mengelilingi seluruh galaksi. Ia diperbuat daripada gas-gas yang panas dan kemungkinan juga jirim gelap.

Galaksi-galaksi ini akan diikat oleh daya graviti. Disebabkan graviti berkadar langsung dengan jism, tentu kita membayangkan galactic disc adalah pusat graviti kepada galaksi. Tetapi hasil kajian astronomi mendapati ia tidak benar, kerana pusat graviti di dapati wujud pada komponen halo. Di sebabkan itulah saintis mendakwa kemungkinan jirim gelap berada di situ.

 Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com