TechSemut Malaysia

Ketahui sistem asas pada enjin sebuah kereta

Ketahui sistem asas pada enjin sebuah kereta

Ketahui sistem asas pada enjin sebuah kereta
Januari 26
14:56 2017

Meca-0

Enjin kereta terdiri daripada beberapa sistem:

Pertama – Fuel system

Fuel system akan mencampurkan gas dan udara pada kadar tertentu supaya pembakaran boleh berlaku di combustion chamber dengan bantuan spark plug

Kedua – lubricating system

Lubricating system diperlukan supaya komponen pada enjin dapat bergerak dengan lebih efisien. 2 komponen penting yang memerlukan lubricating system ialah piston dan bearing. Piston adalah komponen bergerak yang terdapat dalam cylinder.

Cylinder ialah ruangan yang terdapat dalam enjin dimana piston akan bergerak dalamnya (the space in which a piston travels). Biasanya silinder disusun dalam enjin menggunakan bentuk V (dikenali sebagai v-type) namun ada juga yang disusun dalam bentuk W. Tetapi kebiasaanya enjin pada kereta akan menggunakan susunan V-type untuk silinder. Enjin V-type mempunyai 2 silinder yang hujungnya bertemu pada sebuah crankshaft. Kedudukan dua silinder diletakkan samada pada kedudukan 90 ataupun 60 darjah diantara satu sama lain. Enjin V-type biasanya kecil dan ini membolehkan lebih ruang dibina untuk tempat duduk penumpang. 

V-type mempunyai banyak jenis dari v-2 sampailah v-24. Angka selepas v menunjukkan jumlah silinder yang terdapat pada satu-satu model enjin v type. Contohnya, v-24 menunjukkan 24 jumlah silinder pada sesebuah enjin. Jumlah silinder pula menunjukkan keupayaan sesebuah enjin dan lambang kuasa kuda bagi sesebuah kenderaan.

Contohnya enjin v8 mempunyai kuasa kuda yang lebih tinggi dari v6 disebabkan perbezaan  silinder yang ada (V8 lebih banyak silinder dari v6). V6 mempunyai 3 silider pada setiap sisi, dan v8 mempunyai 4 silinder pada sisi kanan dan kiri. Bilangan silinder yang terdapat pada enjin memainkan peranan yang penting dalam prestasi sesebuah kenderaan. Setiap silinder akan mempunyai piston yang disambung kepada crankshaft. Dengan lubricating system, pergerakan piston pada silinder akan menjadi lebih mudah, begitu juga bearing pada crankshaft dan camshaft.

Minyak hitam akan disedut dari oil pan dan akan melalui oil filter yang berfungsi memisahkan sebarang bendasing dari minyak. Kemudian baru minyak hitam tadi dipindahkan pada dinding silinder dan bearing menggunakan tekanan udara.

Ketiga – exhaust system

Exhaust system terdiri daripada “muffler” dan “catalytic converter”. Ketika pembakaran dalam enjin, terdapat bunyi-bunyi letupan kecil dan muffler berfungsi mengurangkan bunyi letupan tersebut. Dalam istilah British, Muffler dipanggil sebagai “Silencer”. Muffler terdiri daripada rongga dan ruang-ruang tertentu dimana bunyi akan dipantul dan akan mengganggu (interfere) antara satu sama lain. Proses pembatalan bunyi ini dilakukan di bawah prinsip destructive interference

Muffler pada sistem ekzos kereta

Catalytic converter pula berfungsi – menukarkan sebatian merbahaya yang dihasilkan enjin kepada sebatian yang selamat sebelum dikeluarkan daripada ekzos. Tiga sebatian merbahaya tersebut ialah – Carbon Monoxide, Hydrocarbon, dan juga Nitrogen Oxide.

Karbon monoksida adalah gas beracun yang boleh membunuh apabila kita menghidunya. Nitrogen oksida dan hydrokarbon pula boleh menyebabkan jerebu dan hujan asid. Catalytic converter mengandungi pemangkin/ catalyst dalam bentuk platinum dan palladium yang menukarkan hydrocarbon kepada carbon. Gas carbon monoksida pula akan ditukar menjadi karbon dioksida dan air. Manakala Nitrogen oksida akan ditukarkan kembali kepada gas nitrogen dan oksigen.

Keempat – Electrical system

Electrical system terdiri daripada battery dan alternator. Bateri berfungsi menyalurkan kuasa 12 voltan untuk kereta berfungsi. 12 voltan ini akan diagih-agihkan kepada sistem-sistem seperti radio, wiper, power windows dll.

Enjin diesel vs enjin gasolin

Sejarah enjin Diesel bermula dari enjin Gasolin yang direka oleh Nikolaus August Otto pada tahun 1876. Ketika enjin Gasolin mula-mula dicipta, ia sungguh tidak efisien. Malahan enjin wap di zaman itu juga menghadapi masalah yang sama. Hanya 10% sahaja bahan bakar yang berguna menjadi tenaga, selebihnya akan menjadi haba yang tak berguna.

Perkara ini mendorong  Rudolf Diesel untuk mencipta sebuah enjin yang mempunyai kecekapan yang lebih tinggi dari enjin Otto. Sungguhpun Enjin Diesel lebih cekap, kebanyakan kereta sekarang menggunakan enjin gasolin ciptaan Otto. Kenapa? Ini kerana enjin Diesel tidak efisien dalam beberapa aspek iaitu :

Enjin Diesel menghasilkan bunyi yang lebih bising. Lori-lori dan kenderaan besar mengeluarkan bunyi yang lebih bising jika dibandingkan bunyi kereta yang menggunakan enjin gasolin.

Enjin diesel juga mengeluarkan asap yang lebih tinggi. Perkara ini boleh diperhatikan pada lori-lori besar yang menggunakan enjin berasaskan diesel. Banyaknya asap yang keluar!

Faktor diatas menyebabkan penggunaan enjin diesel untuk kenderaan hari-hari sangat tidak effisien kerana kesan bunyi yang dihasilkan, juga kadar asap yang mencemar alam sekitar. Ia hanya sesuai untuk kenderaan berat yang memerlukan tenaga lebih banyak dan pada masa yang sama boleh pergi lebih jauh. Secara asasnya enjin diesel dan enjin gasolin bekerja di bawah prinsip yang sama iaitu –

Pertama Enjin Gasolin & Enjin diesel adalah “internal combustion engine“. Maksud internal combustion engine ialah – enjin Diesel dan enjin Gasolin menukarkan tenaga bahan mentah melalui pembakaran atau letupan kecil.

Kedua Enjin Gasolin & Enjin Diesel akan menukarkan tenaga kimia dalam bahan mentah kepada tenaga mekanikal. Tenaga mekanikal pula akan menggerakkan piston ke atas dan kebawah secara berulang. Pergerakan ini dikenali sebagai “linear motion“. Piston pula disambungkan kepada crankshaft menggunakan connecting rod dan pergerakan linear ditukar kepada “rotary motion“.

Perbezaan kedua-dua enjin ini terletak pada – cara mereka membakar gas. Dalam enjin gasolin, gas dan udara dicampur dan dimampatkan menggunakan piston, dan kemudian dibakar dengan bantuan sparking plug.

Sebaliknya dalam enjin diesel, udara dimampatkan terlebih dahulu, kemudian baru bahan bakar disuntik. Ketika udara dimampatkan piston, tenaga haba pada udara akan meningkat dan ini menjadi sumber pembakar kepada diesel. Sebab itulah dalam enjin diesel, sparking plug tidak diperlukan. Sparking plug adalah komponen yang disambungkan pada ignition system dan ia berfungsi menghantar elektrik yang dijana ignition system kepada combustion chamber.

Seperti enjin gasolin, enjin diesel juga menggunakan “four stroke combustion cycle”, dimana 4 stroke yang dimaksudkan terdiri daripada Intake stroke, Compression stroke, Combustion stroke dan juga Exhaust stroke. Apabila intake valve terbuka, udara memasuki ruangan silinder dan menolak piston kebawah. Piston kemudian bergerak ke atas semula dan memampatkan udara. Apabila piston menghampiri dibahagian atas (Top), gas disuntik pada masa yang tepat menyebabkan pembakaran berlaku dan piston ditolak ke bawah semula. Apabila piston bergerak ke atas semula,  exhaust stroke pula dibuka untuk melepaskan hasil gas yang telah dibakar.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com