Bukan rahsia bahawa Google sedang membangunkan tiga peranti tahun ini. Kod nama untuk peranti  yang dibangunkan ialah Walleye, Muskie, dan Taimen. Terdapat spekulasi sebelum ini yang mengatakan Taimen mungkin peranti Nexus dan bukannya Pixel. Misteri ketiga-tiga peranti ini sedikit terjawab selepas beberapa maklumat baru ditemui.

Nama ketiga-tiga peranti muncul di dalam senarai kod AOSP terbaru dan kesemuanya menggunakan pemproses MSM8998. MSM8998 ialah kod yang diberikan kepada pemproses Snapdragon 835. Penemuan terbaru ini menidakkan ura-ura bahawa Taimen adalah sebuah peranti Nexus. Kepada yang kurang arif Google telahpun mengesahkan jenama Pixel akan hanya digunakan pada peranti premium keluaran Google. Kerana Taimen ialah seekor ikan yang besar, terdapat kemungkinan ia mungkin tablet yang kali terakhir dihasilkan oleh Google pada tahun 2015 dengan Pixel C.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.