Keuntungan The Pokemon Company Meningkat Sebanyak 2400%

The Pokemon Company mendapat keuntungan yang besar pada tahun fiskal baru-baru ini. Permainan seperti Pokemon Go, Pokemon Sun dan Pokemon  Moon membantu syarikat itu menjana lebih daripada $ 143 juta dalam keuntungan bagi tahun berakhir pada bulan Februari 2017, peningkatan lebih daripada 26 kali ganda berbanding pada tahun fiskal sebelumnya, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Katan Games, Inc. dan penganalisis, Serkan Toto

Keuntungan bersih tahun lepas adalah hanya $ 5.6 juta, turun daripada $ 18.4 juta pada tahun sebelum itu (mungkin disebabkan oleh jualan Pokemon X & Y yang kurang memberangsangkan).

Serkan Toto mengatakan permainan seperti Pokemon Go, adalah “faktor utama” kenaikan mendadak keuntungan The Pokemon Company. Beliau menambah lagi  dengan berkata jika sebuah permainan mobile menjadi popular, keuntunganya lebih berlipat kali ganda berbanding dengan permainan dari platform yang lain. Sebagai contoh, ada pemaju permainan mudah alih di Jepun kerap mendapat margin keuntungan operasi sebanyak 40 peratus atau lebih tinggi dari itu” kata Toto.

Ia memang dijangkakan permainan Pokemon pada 2016-17 akan mendapat keuntungan yang besar. Siri permainan ini menyambut ulang tahunnya yang ke-20 sepanjang 2016, dan turut membuat pelancaran besar-besaran Pokemon Sun dan Pokemon  Moon pada bulan November. Namun permainan Pokémon Go adalah punca utama untuk kejayaan The Pokemon Company dari segi keuntungan. Walaupun ia adalah permainan muat turun percuma-untuk-dimain, Pokemon Go menarik sejumlah wang keuntungan yang besar.

SOS
The Verge

sumber : http://techoais.com/

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.