KFC Malaysia hari ini mengingatkan pengguna supaya berhati-hati dan tidak mempercayai penipuan yang dlakukan melaluii laman sosial yang menggunakan jenama mereka.

Menurut KFC, mereka mendapati terdapat bancian yang tersebar di media sosial yang menggunakan jenama mereka, dan menjanjikan makanan percuma dengan mengisi bancian melibatkan Hari Wanita.

Pengguna diminta berhati-hati ketika membuka sebarang pautan, dan memastikan ia ditawarkan melalui laman rasmi atau saluran rasmi KFC sahaja.

Untuk rujukan lanjut, KFC turut menyediakan sebuah halaman khas untuk membolehkan pengguna merujuk sebarang penipuan yang dilakukan menggunakan jenama KFC sendiri.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.