Kalau anda masih ingat syarikat ayam goreng KFC pernah memberi hint kepada dunia bahawa mereka akan mengeluarkan konsol permainan sendiri. Nampaknya KFC mengotakan janji mereka dan secara rasmi telah mengumumkan PC gaming berbentuk seperti penggoreng ayam dengan menamakannya sebagai KFConsole.

Dijangka akan dilancarkan pada awal November tahun ini, KFC menangguhkan pelancaran konsol mereka namun tidak mendedahkan tarikh baharu. Dari segi luaran boleh dikatakan konsol dari KFC ini mempunyai tempat untuk menyimpan ayam goreng tetapi ianya juga gaming PC bertaraf high end jika dilihat dari spesifikasinya.

KFC telah berkolabrasi dengan Cooler Master bagi design chasis konsol tersebut termasuk logo yang terletak pada bahagian depan konsol. Chasis tersebut diubahsuai dari model MasterCase NC100. Dari segi dalaman, ianya dikuasakan oleh Intel NUC 9 Extreme Compute Element dimana berasakan COre i9-9980HK CPU dan termasuk GPU GeForce RTX tetapi tidak diketahui generasi keberapa. Juga terdapat 1TB SSD NVMe keluaran Seagate.

Konsol ini pastinya akan tiba ke negara kita namun bersediakan anda untuk bermain dengan konsol dari syarikat ayam goreng ni? 😉

EDITOR – SAIFUL HAWARI

By

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.