KGI – Bekalan Komponen Kamera Face ID Kini Stabil

Antara masalah yang melanda iPhone X ialah kekurangan komponen menghasilkan Face ID. Oleh sebab itu jumlah iPhone X yang dapat dihasilkan adalah lebih rendah berbanding iPhone 8. Ming-Chi Kuo penganalisis dari KGI Securities telah mengatakan bekalan untuk komponen ini akhirnya telah stabil.

Dengan itu penghasilan iPhone X dijangka akan mengikut jadual. Beliau juga percaya tiada perubahan akan dilakukan pada perkakasan Face ID dan ini selari dengan ramalan beliau bahawa ia turut digunakan pada kesemua model iPhone dan iPad pada tahun 2018.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*