Di China pembelian barangan secara nirtunai sudah digunakan secara meluas. Aplikasi WeChat yang digunakan hanya untuk perbualan di Malaysia ialah platform nirtunai yang amat berguna di sana. Oleh itu Malaysia turut mempunyai impian ke arah masyarakat nirtunai sepenuhnya menjelang 2050 menurut Khairy Jamaluddin, Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.

Khairy Jamaluddin

Beliau menegaskan Malaysia tidak boleh melarikan diri dari perubahan cara pembayaran akan dilakukan di masa hadapan. Trend semasa menunjukkan pembayaran nirtunai dan tanpa sebarang sentuhan fizikal semakin popular. Pada waktu yang sama beliau ini hanya akan berlaku sekiranya masyarakat melihatnya sebagai selamat dan boleh digunakan secara menyeluruh di seluruh negara.

Touch N Go Watch

Di ibu negara ini sudah hampir menjadi realiti dengan penggunaan kad tambang di perkhidmatan transit aliran ringan, plaza tol dan perkhidmatan perkongsian kenderaan. Kerajaan juga sudah mempunyai perancangan menggunakan kad Touch N’ Go pada kesemua pengangkutan awam menjelang 2019. Adakah anda sudah bersedia untuk hidup di dunia nirtunai sepenuhnya?

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.