Khasiat Bayam Brazil

Munirah Abd Rahman
Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan

Bayam Brazil atau nama saintifiknya Althernanthera sissoo adalah spesies tanaman sayuran yang berasal daripada Brazil dan Amerika Selatan. Tumbuhan ini tergolong dalam famili Amaranthaceae. Selain itu, spesies tumbuhan ini mudah hidup dan pembiakkannya melalui keratan batang (Hort, 2013). Bayam Brazil adalah tanaman sayuran yang amat baik dan sangat berkhasiat untuk kesihatan manusia.

Rajah 1 Pokok Bayam Brazil yang mudah ditanam melalui keratan batang

Morfologi Bayam Brazil

Bayam Brazil merupakan spesies tumbuhan yang cepat membesar. Daunnya boleh dimakan samada mentah atau dimasak. Tumbuhan ini boleh membesar sehingga 30 cm tinggi. Saiz daunnya pula sekitar 2 hingga 3.5 cm lebar.

Rajah 2 Bayam Brazil juga sesuai ditanam di dalam pasu

Hidangan Bayam Brazil

Daun Bayam Brazil tidak berlendir dan juga rangup. Oleh itu, sayuran ini sesuai dijadikan ulaman. Selain itu, Bayam Brazil juga sesuai utnuk dijadikan bahan masakan seperti salad, masakan tumis, sup atau sayuran di dalam masakan barat. Masyarakat di Brazil mengamalkan makan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan cuka.

Rajah 3 Contoh hidangan salad Bayam Brazil

ARTIKEL BERKAITAN : Bayam, Tambah Darah, Batu Karang?

Khasiat Bayam Brazil Terhadap Kesihatan

Selain dapat dijadikan hidangan yang lazat, Bayam Brazil sangat berkhasiat untuk kesihatan kita. Bayam Brazil dapat melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, sumber vitamin K dan juga dapat menguatkan tulang. Bagi mereka yang ingin berdiet, Bayam Brazil dapat menurunkan berat badan. Selain itu, spesies tumbuhan sayuran ini juga dapat meningkatkan sistem imunisasi badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah, mencegah anemia, mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut dan mengikat kalsium. Bagi wanita yang mementingkan kecantikan wajah pula, amalan memakan Bayam Brazil dapat mencegah penuaan pra matang dan mengekalkan awet muda. Bagi wanita yang hamil pula, pengambilan Bayam Brazil dapat mengekalkan kesihatan ibu mengandung (Leonardo et al., 2014).

Rujukan

Hort, M.L. (2013). Edible Plants: An Inspirational Guide to Choosing and Growing Unusual Edible Plants. Plant for A Future.

Leonardo, G.M., & Rafael, S.S. (2014). Medicinal Plants and Herbal Medicines usage in the Socioeconomic Reality of Northeast Brazilian Cocoa Region. Brazilian Journal of Medicine and Human Health, 2(3): 123-130.

Kredit Foto : Wong Sze Fei/adobestock

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.