Khasiat Pokok Kunyit

Munirah Abd Rahman
Institut Biodiversiti Tropika dan Pembangunan Lestari
Universiti Malaysia Terengganu

Pengenalan

Pokok kunyit atau nama saintifiknya (Curcuma longa) merupakan tumbuhan hijau daripada family Zingiberaceae. Spesies tumbuhan ini merupakan tanaman rempah yang berasal dari India. Setelah itu, spesies tumbuhan ini kemudian diperkenalkan ke negara Asia yang lain seperti Asia Tenggara dan Asia Selatan. Curcuma longa digunakan dalam hidangan masakan dan juga digunakan untuk tujuan perubatan terutama bagi wanita.

Rajah 1 Pokok kunyit juga boleh ditanam di dalam pasu (Ammar, 2020)

Morfologi dan Pembiakkan  

Daun pokok kunyit mempunyai panjang antara 15 hingga 35 cm. Batangnya pula antara 30 hingga 60 cm panjang. Rizom kunyit pula mempunyai saiz antara 4 – 15 cm panjang. Curcuma longa hidup subur di kawasan yang lapang dan terdedah sepenuhnya kepada cahaya matahari.

Rizom kunyit berwarna kuning, sedikit bersisik, berbentuk memanjang dan berjejari. Daunnya pula berwarna hijau, licin, berbentuk bujur dan meruncing di hujung. Daun kunyit mengeluarkan aroma dan sering digunakan dalam masakan.

Rajah 2 Rizom kunyit yang digunakan dalam hidangan masakan dan dalam perubatan (Ainul, 2020).

Kegunaan dan Khasiat

Daun kunyit digunakan untuk memberi aroma dan warna kuning kepada masakan seperti rendang dan gulai. Selain itu, daun kunyit juga turut digunakan sebagai pembalut ikan atau daging yang dibakar. Rizom kunyit digunakan dalam masakan seperti ikan singgang.

Dalam perubatan, Curcuma longa digunakan sebagai antioksida, antibakteria, antiradang dan antikanser. Kunyit juga berfungsi bagi menyembuhkan luka di dalam badan, mengecutkan peranakan bagi wanita yang baru bersalin, membersihkan dan menghalang pembekuan darah, melancarkan peredaran darah, membantu proses pencernaan dan menghilangkan selsema. Selain itu, kunyit juga dapat menyembuhkan luka, seliuh anggota dan kudis.

Rajah 3 Contoh hidangan masakan yang menggunakan rizom kunyit iaitu masakan gulai kuning.

Rujukan

Omosa, L.K., Midiwo, J.O., Kuete V. Curcuma longa Chapter 19 ” . In. Victor Kuete, ed. Medicinal Spices and Vegetables from Africa: Therapeutic Potential Against Metabolic, Inflammatory, Infectious and Systemic Diseases. 2017;425-35. Academic Press. https://doi.org/10.1016/B978-0-12-809286-6.00031-5 2.

Kumar, A., Dora, J., Singh, A. A review on spice of life Curcuma longa (Turmic). International Journal of Applied Biology and Pharmaceutical Technology. 2011:2(4);371-9. 3.

Vasavi, R.A., Suresh, J.Y., Hemant, K.S., Singh, A. A review on Curcuma longa research. Journal of Pharmacy and Technology. 2012;5(2):158-65. 4.

Kredit Foto : vemoherb

sumber asal : www.majalahsains.com

Write a Comment

view all comments

*