Berita Menarik

Kilang Pembuatan Memori Samsung Mengalami Masalah Pencemaran Bilik Bersih – Mengalami Kerugian Berjuta Dolar

Pembaca : 9
0 0

Selain daripada membuat peranti yang digunakan oleh orang ramai di serata dunia, Samsung turut membina komponen-komponen mereka sendiri yang digunakan didalam peranti-peranti ini, seperti cip pemprosesan, memori dan juga storan.

Terkini, ia telah dilaporkan bahawa kilang pembuatan memori DRAM Samsung di Korea telah mengalami isu pencemaran di bilik-bilik bersih mereka, dimana peralatan yang digunakan untuk menghasilkan wafer memori bersaiz 200mm telah dicemari.

Isu tersebut dikenalpasti beberapa minggu yang lalu oleh pihak Samsung, dan kesemua cip-cip memori yang dibangunkan dalam jangkamasa itu terpaksa dilupuskan, dan ini menyebabkan Samsung mengalami kerugian sebanyak beberapa juta dolar.

Samsung menyatakan lagi bahawa masalah bilik bersih tersebut sudahpun diselesaikan, dan pembuatan cip memori DRAM telah bersambung tanpa isu.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.