Google Allo merupakan salah satu aplikasi permesejan yang disediakan oleh Google, dan beroperasi menggunakan nombor telefon. Ia juga turut hadir dengan integrasi pembantu pintar, Google Assistant untuk bertanyakan sejumlah persoalan melaluinya.

Kini, bersempena dengan Ramadhan, pihak Google turut memperlihatkan beberapa sticker bertemakan Ramadhan pada aplikasi permesejan tersebut yang mana boleh dimuat-turun dan digunakan ketika berkomunikasi menggunakan Allo.

Allo Ramadhan

Untuk makluman, sticker ini dibangunkan oleh pihak ketiga, dan dipromosikan oleh Google bersempena dengan bulan Ramadhan ini. Pengguna boleh memuat-turunnya secara percuma daripada Allo, pada bahagian sticker hari ini, dan menggunakan ia ketika berinteraksi dengan rakan-rakan lain.

Selain daripada pada Allo, Google juga turut menyediakan beberapa promosi khusus untuk aplikasi bersempena dengan Ramadhan di Google Play Store.

Layari : Google Ramadhan

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.