Webe BillingSokongan pembelian aplikasi melalui bil pascabayar atau prabayar telah pun diperkenalkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan sebelum ini. Kini, pihak Webe dilihat tidak ingin ketinggalan dan telah memperkenalkan sokongan sama untuk pembelian melalui Google Play Store.

Kini, sekiranya anda ingin melakukan pembelian aplikasi atau pembelian dalam-aplikasi di Google Play Store, anda akan dipaparkan dengan pilihan pembayaran menggunakan “Webe Billing”. Sekiranya anda memilih untuk membayar melaluinya, maka caj akan dikenakan terhadap bil pascabayar anda untuk bulan tersebut.

Bagi anda yang menggunakan Webe, mungkin boleh mencubanya hari ini, dan tidak lagi perlu risau memerlukan kad kredit atau debit untuk membeli kandungan di Google Play Store.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.