Dalam usaha memudahkan para pengguna membuat penghantaran, kini pihak Pos Malaysia telah pun bekerjasama dengan pihak 7-Eleven dalam memudahkan pengguna untuk membuat penghantaran. Sokongan ini dijayakan melalui penawaran perkhidmatan yang dinamakan sebagai Razer Parcel+.

Pos 7 Eleven

Untuk melakukan penghantaran, pengguna terlebih dahulu perlu melayari laman SendParcel, seterusnya membuat pendaftaran dan menyertakan info penghantaran melaluinya. Pengguna seterusnya boleh memilih 7-Eleven untuk pusat penghantaran.

Anda seterusnya perlu ke 7-Eleven terdekat dalam tempoh 48 jam akan datang, dan memaklumkan juruwang d kedai serbaneka berkenaan yang anda ingin melakukan penghantaran barangan.

Dengan pengenalan baru ini, ia sekaligus memudahkan lagi para pengguna dalam melakukan penghantaran barangan, yang mana bukan sahaja terhad melalui pejabat Pos, tetapi kini juga boleh dilakukan melalui 7-Eleven.

Lihat : Senarai 7-Eleven Yang Terlibat (PDF)

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.