Kini Anda Boleh Menerima Pulangan Tunai Sehingga RM4 Daripada Setiap Kaji Selidik Yang Anda Lakukan

Kita telahpun memasuki tahun 2020 yang mana kini hampir kesemuanya berada dihujung jari dan serba mudah. Malah kita dapat lihat pada tahun tahun yang lalu, aplikasi dompet digital adalah salah satu perkhidmatan yang semakin berkembang seiring dengan peredaran teknologi yang menuju ke arah ekosistem nirtunai. ShopBack pula adalah satu aplikasi yang memberi peluang kepada pengguna mereka untuk mendapatkan pulangan tunai bagi setiap transaksi yang dilakukan secara atas talian.

Antara laman dan rakan niaga yang menyokong ShopBack ini adalah laman e-dagang seperti Lazada, Shopee, Nike dan Zalora, laman untuk perbandingan percutian, seperti Booking.com dan Agoda, perkhidmatan penghantaran makanan yang tertentu dan banyak lagi.

Apabila anda membeli belah secara atas talian melalui aplikasi ShopBack ini, pihak mereka akan mengembalikan semula beberapa peratus daripada harga yang anda beli melalui laman rakan niaga yang menyokongnya. Langkah pertama yang anda perlu lakukan adalah mendaftar atau log masuk ke akaun ShopBack, melayari kedai-kedai atas talian dan pilih barang yang ingin dibeli.  Seterusnya, anda akan menerima pulangan tunai melalui aplikasi ini dan ia boleh keluarkan duit yang terkumpul di dalam akaun ShopBack anda ke akaun bank.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapatkan pulangan tunai daripada ShopBack tanpa membuat sebarang perbelanjaan, iaitu dengan hanya menjawab soalan kaji selidik daripada mereka. Untuk menjawab soalan kaji selidik ini, anda perlu membuka aplikasi ShopBack, klik Survey Wall, kemudian memilih jenis peranti sebelum boleh terus menjawab soalan kaji selidik tersebut. Selepas selesai menjawab soalan ini, anda akan untuk menerima pulangan tunai sehingga RM4 untuk setiap kaji selidik yang sudah selesai dijawab. Anda tidak perlu risau kerana untuk menjawab soalan kaji selidik ini, ia tidak memerlukan sebarang bayaran untuk mendapatkan pulangan tunai.

Untuk mendapatkan pulangan tunai daripada rakan niaga ShopBack seperti Lazada, Shopee, AliExpress, Booking.com dan ZALORA pula, anda perlu membuat transaksi di kedai-kedai atas talian ini melalui aplikasi ShopBack. Sekiranya transaksi anda di sesuatu laman itu tidak berjaya, anda perlu klik kembali ShopBack dan lakukan semula pembelian yang anda inginkan.

Sekiranya anda belum mendaftar ShopBack, anda boleh membuat pendaftaran di pautan ini https://app.shopback.com/amz. Selain berjimat dengan lebih melalui ShopBack dan dapatkan pulangan tunai sehingga RM4 dengan hanya menjawab soalan kaji selidik mereka, anda juga berpeluang untuk memenangi kod baucar Lazada bernilai RM10. Caranya mudah, anda hanya perlu kongsikan Facebook post dari Amanz tentang artikel ini dan tetapkan perkongsian post ini kepada “Public” sebelum kongsikannya bagi memudahkan kami untuk memilih pemenang. 50 pemenang ini akan diumumkan pada 31 Januari 2020 melalui ruang komen di Facebook.

Jawab : Kaji Selidik ShopBack Dan Dapatkan Pulangan Tunai Sehingga RM4

Muat Turun: Aplikasi ShopBack Untuk Peranti Android dan iOS

Penafian: Advertorial daripada ShopBack Malaysia

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.