Kini Anda Boleh Menggunakan Dompet Digital Touch ’n Go Untuk Membayar Parkir Perbandaran

Touch ’n Go sedia menambah satu demi satu ciri baru pada aplikasi dompet digital mereka. Terbaru, mereka turut telah menambah sokongan untuk membuat pembayaran parkir pihak majlis perbandaran terus menggunakan aplikasi berkenaan.

TNG Park n Go

Buat masa ini, fungsi ini boleh digunakan untuk membayar parkir DBKL di Kuala Lumpur. Pihak Touch ’n Go turut mengatakan ia bakal diperluaskan ke beberapa kawasan lain tidak lama lagi, termasuk di MPSJ, Perbadanan Putrajaya, Majlis Daerah Kuala Langat, dan lain-lain.

Bagi anda yang menggunakan dompet digital Touch ’n Go, menggunakan ciri ini, anda boleh membuat pembayaran dengan memilih ikon “Parking” pada aplikasi TNG, seterusnya menambah informasi kenderaan, memilih lokasi parkir, dan memilih masa meletak kenderaan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.