Facebook mempunyai beberapa perkhidmatan yang mempunyai angka pengguna aktif bulanan melangkaui 1 bilion, termasuk Facebook Messenger. Berkongsi statistik semasa untuk perkhidmatan permesejan berkenaan, kini ia dikatakan Facebook Messenger mempunyai lebih 1.2 bilion pengguna aktif setiap bulan.

Facebook Messenger

Facebook sendiri sebelum ini telah mengasingkan Messenger sebagai platform khusus, dan memperkenalkan sejumlah ciri-ciri menarik padanya – termasuk integrasi bot, kebolehan membuat panggilan video berkumpulan, dan terkini fungsi seumpama Instagram Stories yang dinamakan Messenger Day.

Dengan perkembangan positif ini, tidak mustahil kita mula melihat Facebook lebih memfokuskan kepada penjanaan wang melalui perkhidmatan permesejan mereka – termasuk mula mengintegrasikan pengiklanan dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.