TechSemut Malaysia

Kisah Newton, buah epal & daya Graviti

Kisah Newton, buah epal & daya Graviti

Kisah Newton, buah epal & daya Graviti
Januari 26
15:46 2017

vfvtvt

Cerita Newton dan epal yang jatuh di atas kepalanya adalah cerita yang popular seperti kisah Galileo dan eksperimennya di menara Pisa. Ketika itu sebuah penyakit sedang menular dan beliau cuba mengelaknya dengan mengasingkan diri di sebuah kebun epal di Linconshire. Wabak itu dikatakan muncul pada tahun 1665 di London dan disebabkan itu juga universiti Cambridge terpaksa ditutup buat sementara waktu. Dalam tulisannya Newton menulis, ” during this year i began to think of gravity extending to the orb of the moon , and compared the force requisite to keep the moon in her orbitwith the force of gravity at the surface of the earth”. (Gravity, George Gamow )

Idea Newton berkenaan graviti ini kemudian dipanjangkan lagi ke sebuah buku beliau yang bertajuk Mathematical Principles of Natural Phylosophy. Menurut Newton, graviti berbeza-beza dari sebuah tempat ke tempat yang lain. Contohnya graviti bumi dan bulan adalah berlainan dan graviti matahari juga berbeza. Bulan mempunyai graviti yang lebih lemah berbanding bumi kerana saiz bulan lebih kecil dari saiz bumi.

Kemudian tarikan graviti juga berbeza-beza bagi jarak objek dari pusat graviti — dikenali juga sebagai inverse law square. Sebagai contoh objek yang berada hampir dengan bumi akan merasa tarikan graviti yang lebih kuat berbanding objek yang berjauhan darinya. Ini juga bermaksud, apabila kita berdiri tarikan graviti pada kaki adalah lebih kuat berbanding di kepala, tetapi kesan perbezaan ini tidaklah begitu besar dan tak dapat dirasakan pun. Sebaliknya kesan yang lebih signifikan akan dirasakan jika tarikan graviti ke atas objek adalah sangat besar seperti yang terdapat pada lohong hitam ( black holes ).

Sebenarnya, bukan bumi sahaja, bukan bulan sahaja dan bukan matahari sahaja yang mempunyai graviti. Sebaliknya semua objek tidak kira saiz mempunyai daya graviti. 2 objek sebenarnya mempunyai kecenderungan untuk menarik sesama mereka. Ini termasuklah buah-buahan di atas pokok, dan objek-objek di atas meja pun mempunyai tarikan di antara mereka. Tetapi tarikannya tidaklah besar sehingga kesan yang signifikan boleh diperhatikan. Namun, ini antara perkara yang pernah disebutkan oleh Newton ketika hayatnya walaupun beliau sendiri tidak berpeluang untuk mengujinya.

Selepas pemergian Newton, seorang ahli fizik British bernama Henry Cavendish telah membuktikan kewujudan graviti yang ada pada objek-objek kecil. Eksperimen yang dilakukan Cavendish bukanlah sebuah idea asal milik beliau, sebaliknya merupakan ilham asal John Mitchell pada tahun 1783. Namun pada tahun 1793 beliau telah meninggal sebelum sempat menghabiskan ujikajinya. Ujikaji ini disambung pula oleh Cavendish dan beliaulah yang melengkapkannya.

Peralatan yang dibina oleh Cavendish dikenali sebagai torsion balance, iaitu sejenis alat yang boleh mengukur daya yang sangat lemah. Torsion balance selalunya dikreditkan kepada Augustus Coulomb pada tahun 1777 sebagai pereka asalnya. Dalam hal ini Coulomb telah menggunakan torsion balance untuk mengukur daya elektrostatik dan menubuhkan Coulombs law versinya. Berbeza dalam kes Cavendish, beliau telah menggunakan torsion balance untuk mengukur daya graviti antara objek. Formula graviti Newton pada asalnya tidaklah mempunyai pemalar graviti, G sebaliknya ia wujud 75 tahun selepas eksperimen yang dilakukan oleh Cavendish.

Kerja-kerja plagiat tanpa memberikan kredit kepada sumber adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab dan menyalahi hak cipta dan kreativiti seseorang.

sumber : http://www.sciencenazi.com/

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com