TechSemut Malaysia

[KLACSW] Kenapa Cyber Espionage lebih marabahaya dari kereta kebal

[KLACSW] Kenapa Cyber Espionage lebih marabahaya dari kereta kebal

Oktober 23
11:31 2017
Share Button

Siapa yang memiliki maklumat, dia adalah raja. Peperangan fizikal menggunakan senapang, kereta kebal dan jet pejuang mungkin masih berleluasa, tetapi peperangan digital adalah masalah besar yang baru untuk dunia.

Peperangan digital memberi lebih impak berbandingan perang fizikal.

Berada setapak di depan musuh adalah satu kelebihan besar dalam peperangan. Kerana itu maklumat sangat penting dalam perang. Dan disebabkan itu, perang digital menjadi penting. Salah satu sebab utamanya, mendapatkan maklumat musuh.

Pengarah Pasukan Penyelidik Kaspersky Asia Pasifik, Vitaly Kamluk

Pengarah Pasukan Penyelidik Kaspersky Asia Pasifik, Vitaly Kamluk menerangkan, terdapat tiga tunggak peperangan digital iaitu cyber espionage atau pengintipan siber, sabotaj siber dan manipulasi pendapat umum. Dua tunggak yang pertama dicapai melalui serangan malware.

Pengintipan siber tidak lagi memerlukan operasi seperti James Bond, sebaliknya ia dilakukan oleh mereka yang duduk di dalam bilik berhawa dingin, dengan ditemani komputer. Gerak geri mereka tidak diketahui sehingga pasukan Kaspersky menemui dan membongkarkan aktiviti mereka.

Disebabkan gerak kerja penjenayah siber yang rumit, pakar keselamatan siber seperti Kaspersky memulakan aktiviti pengumpulan bukti selepas kejadian berlaku. Malware ini kemudian dianalisa dan dibandingkan dengan malware masa lalu, untuk mencari asal usul penjenayah siber ini.

Serangan malware yang ditemui pasukan Kaspersky

Pelbagai malware berkaitan pengintipan siber berjaya ditemui pasukan Kaspersky, antara yang popular adalah seperti Stuxnet (2010), NetTraveler (2013), DarkHotel (2014), Equation (2015) dan Lazarus (2016). Masing-masing memiliki cara tersendiri untuk mencuri maklumat pengguna.

Untuk mengatasinya tidak ada jalan mudah. Tetapi Vitaly menyediakan beberapa langkah keselamatan yang boleh diikuti:

  • Latih pekerja terutama pengguna biasa asas penggunaan internet yang selamat.
  • Gunakan penyelesaian keselamatan yang sesuai dan pilih vendor yang dipercayai.
  • Pastikan kemaskini perisian sentiasa terkini dan semak ketulenan kemaskini.
  • Pantau log dan event perisian sepanjang masa. Ambil perhatian terhadap perkara yang mencurikan dan bersedia untuk membuat pemindahan data jika berlaku pencerobohan.
  • Sentiasa periksa sebarang isu yang timbul dan cari punca asal isu tersebut.
  • Semak senarai dan benarkan penggunaan aplikasi yang benar-benar selamat.

Terakhir sekali, jika anda berhadapan masalah keselamatan siber dan tidak pasti apa yang perlu dilakukan, pakar keselamatan siber Kaspersky sedia membantu anda. Semak laman web www.kaspersky.com untuk berhubung.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com