Klon AirDrop Dari Google “Nearby Share” Kini Boleh Diuji Melalui Google Chrome Pada Komputer Windows

AirDrop adalah kaedah pemindahan fail yang pantas dan efisien. Sudah bertahun ia wujud untuk pengguna produk Apple dan pengguna Android atau Windows perlu bergantung dengan aplikasi/perisian seperti ShareIt yang penuh dengan iklan dan amat mencurigakan. Akhirnya, selepas setahun Google mengacah Nearby Share – iaitu klon AirDrop mereka ia mula muncul pada peranti Pixel dan peranti Android terpilih untuk diuji.

Terkini, Google kembangkan lagi kemampuan Nearby Share ini kepada pengguna Windows dan Chromebook melalui pelayar web Google Chrome. Buat masa ini ia masih diuji dan hanya ada pada Chrome Canary sahaja, tetapi tiada masalah bagi pengguna yang ingin mencuba. Seperti Apple, syarat penggunaan Nearby Share ini agak ketat dan tidak semua peranti boleh mengujinya. Tetapi, itu mungkin akan berubah, kerana kelak – ia akan diedarkan secara lebih meluas. Mana tahu, iPhone pun boleh pindahkan fail ke Android atau Windows dengan kaedah ini melalui Gogole Chrome?

Syarat pertama adalah mana-mana komputer Windows wajib mempunyai sokongan Bluetooth. Kedua pengguna perlu memiliki Chromebook atau mana-mana peranti Android dengan sokongan Nearby Share seperti Pixel atau peranti yang menjalankan custom ROM Pixel Experience. Akhir sekali, kedua-dua peranti perlu dinyahkunci dan Bluetooth diaktifkan. Oh ya, disebabkan fungsi ini masih lagi diuji – pengguna perlu aktifkannya melalui chrome://flags, cari “Nearby Sharing” dan buka chrome://nearby yang merupakan hab perkongsiannya.

Jika kami sudah berjaya mengakses Nearby Share ini, nantikan pandang pertama kami – sama ada adakah ianya lebih pantas dan efisien berbanding AirDrop. Sama-sama kita nantikan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*