Kod Sumber Command & Conquer Remastered Kini di kongsi kepada umum

Kepada para pengemar pemainan stratigi nyata command & Conquer pasti menantikan kemunculan semula permainan ini yang pernah populer sekitar awal 2000 ini . Pemainan lama ini telah di tambah baik dari segi grafik dan telah di lancarkan oleh EA melalui aplikasi mereka dan steam . Yang lebih menariknya , selain melancarkan semula tambah baik grafik pemainan ini , pihak mereka telah membuka kod sumber nya kepada umum dan menjadikan lesen Sumber terbuka GPL V3 sebagai lesin kod sumber pemainan ini.

Dalam erti kata lain , sesiapa sahaja kini boleh mengubah kod sumber tersebut secara percuma dan menambah baik kod sumber sedia ada atau mengeluarkan MOD-MOD baru dalam pemainan ini dengan kod sumber yang boleh di capai secara umum . Dalam kenyataan pihak EA mereka menjadikan ianya terbuka bagi membolehkan peminat-peminat dan komuniti pembangun mod boleh mencapainya tanpa perlu ada halangan dan bayaran sekaligus boleh mengeluarkan Mod dan versi-versi berbeza dari keluaran komuniti.

Yang menariknya dengan pemainan ini , EA telah bekerjasama dengan sebuah syarikat di malaysia untuk pembangunan grafic mereka ini iaitu syarikat lemonsky studios yang berpejabat di petaling jaya , Selangor .

Untuk mendapatkan kod sumber pemainan ini anda boleh ke laman github EA dan mumuatnaik kod sumber pemainan ini di pautan di bawah

https://github.com/electronicarts/CnC_Remastered_Collection

Write a Comment

view all comments

*