SEGA Forever adalah aplikasi yang akan menawarkan pelbagai permainan klasik SEGA secara percuma, dan anda boleh memainkan semuanya pada telefon pintar anda. Koleksi pertama permainan ini akan dilancarkan pada aplikasi di Android dan iOS esok.

Dan ia akan adalah permainan percuma untuk dimain, keranaSega memperolehi keuntungan melalui iklan pendek yang ditayangkan sebelum anda memulakan permainan. Tetapi pemain boleh memilih untuk membuang iklan tersebut melalui pembelian dalam aplikasi pada harga $2 (RM 8.58).

Koleksi SEGA Forever mempunyai lima permainan yang boleh anda perolehi ketika pelancaran, ini termasuk Sonic The Hedgehog, Comix Zone, Altered Beast, Phantasy Star II dan Kid Chameleon. Selepas lima permainan tersebut, anda akan mendapat permainan baru pada kadar satu setiap dua minggu, meliputi kesemua konsol Sega dari SG-1000 hingga ke Dreamcast. Dengan hanya satu permainan baru pada setiap dua minggu, ia akan mengambil masa yang lama untuk kesemua permainan boleh didapati.

Walaupun beberapa permainan Sega Forever sebelum ini telah dikeluarkan di platform mudah alih, Sega telah berjanji bahawa kesemua permainan yang akan dikeluarkan telah dikemas kini dengan ciri-ciri moden termasuk cloud saves, sokongan controller, dan leaderboards. Kesemua permainan ini juga boleh dimainkan padaluar talian, tanpa mengira sama ada pengguna memainkan versi dengan iklan atau tanpa iklan. Pemain iOS akan menerima pek pelekat iMessage percuma yang disertakan pada setiap permainan.

sumber : http://techoais.com/

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.