Komputer bersaiz kecil tanpa bateri yang mengunakan kuasa gelombang untuk hidup

Bagaimana hebat peranti anda tak kira la apa pun perkara yang menjadi masalah ketika ini adalah sumber tenaga bagi peranti tersebut di mana anda terpaksa memastikan sumber kuasa elektrik bagi peranti tersebut perlu ada. Malah saiz menjadi lebih besar di sebabkan saiz bateri yang didatangkan bersama peranti anda itu tak kira lah talifon pintar mahupun komputer mudah alih.

Sekumpulan jurutera dari University of Washington telah mencipta peranti yang mampu di hidupkan dengan mengunakan gelombang radio sebagai sumber tenaga nya . Kumpulan penyelidik dari University of Washington Sensor Lab dan  the Delft University of Technology ini  merekacipta peranti kecil yang mampu mengubah kuasa gelombang radio kepada kuasa elektrik  dan akan gunakan sebagai sumber tenaga peranti kecil .

Adakah ia bermakna anda perlu menghidupkan radio anda untuk menghidupkanya ?  tidak sama sekali kerana peranti ini akan menyerap gelombang di udara dan akan mengubahnya kepada bentuk kuasa elektrik .

Screen Shot 2016-05-28 at 7.50.59 AM

Alatan pengujian

Ia di namakan “Wireless Identification and Sensing Platform”  (WISP) . yang mengabungkan  sensor bersama cip komputer untuk mengubah isyarat RFID kepada kuasa elektrik

Buat masa ini ianya tidaklah di reka untuk digunakan bersama alatan elektronik anda seperti talifon pintar atau komputer namun di lihat amat sesuai digunakan sebagai peranti alatan (IOT) di masa akan datang

anda boleh memuat naik dokument penyelidikan di http://arxiv.org/pdf/1512.04602v2.pdf

 

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.