TechSemut Malaysia

Komputer Kompak Nirkipas MSI Cubi 3 Silent Diumumkan

Komputer Kompak Nirkipas MSI Cubi 3 Silent Diumumkan

Komputer Kompak Nirkipas MSI Cubi 3 Silent Diumumkan
Oktober 23
08:21 2017

Komputer peribadi kini semakin kompak selari dengan kemajuan teknologi dan komponen yang semakin mengecil. Bagi mereka yang inginkan komputer peribadi bersaiz kompak, MSI melancarkan dua model terkini di bawah keluarga Cubi 3 Silent.

 MSI Cubi 3 Silent dan Cubi 3 Silent S adalah dua komputer bersaiz 159.6 x 69.5 x 110.2 mm. Tubuh kerangka PC ini diperbuat daripada aluminium yang juga berfungsi sebagai sinki haba penyejuk kerana sistem nirkipas yang digunakan.

Spesikasi MIS Cubi 3 Silent ialah ia diperkasakan pemproses Intel Kaby Lake U, memori sehingga 32GB RAM DDR4 dan storan NVMe PCIe M.2 SSD. Dengan konfigurasi asas, ia masih boleh menyokong sambungan ke dua monitor pada resolusi 4K. Perbezaan di antara model Cub 3 Silent dan Silent S ialah pilihan I/O.  Antara yang disertakan ialah port HDMI, display port, USB-A 2.0,USB-A 3.0, LAN dan RJ45. Harga jualan untuk kedua-dua model yang belum diumumkan setakat ini.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com