Komputer Riba Huawei MateBook Bakal Hadir Ke Malaysia Tidak Lama Lagi

Huawei Malaysia hari ini mengumumkan secara rasminya yang mana mereka bakal menawarkan komputer riba MateBook untuk pasaran tempatan tidak lama lagi.

Huawei MateBook Malaysia

Buat masa ini, Huawei masih tidak nyatakan model apakah yang bakal memasuki pasaran tempatan. Jikalau mengikut pengesahan Sirim sebelum ini, Huawei MateBook X Pro telah pun melepasi pengesahan, sekaligus mungkin merupakan salah satu model yang ditawarkan di Malaysia.

Huawei pada awal tahun ini telah memperkenalkan komputer riba dengan skrin nirbingkai dan juga rekaan webcam yang disembunyikan. Komputer riba ini telah menerima pelbagai maklumbalas positif daripada pelbagai media antarabangsa.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut mengenai apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Huawei melalui MateBook untuk pasaran tempatan.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.