Dalam kesibukan melaporkan berita terkini di MWC, berita pelancaran produk bukan telefon pintar kadang kala terlepas pandang. Di dalam hal ini kami akui terlepas pandang pelancaran komputer tablet Windows 10 2 dalam 1, Porsche Book One. Rekaan Porsche Book One kali pertama diperlihatkan Jun tahun lalu. Ia secara rasmi akan mula dijual pada April hadapan.

 Dari segi rekaan ia mempunyai persamaan dengan sebuah Microsoft Surface Book. Papan kekunci dengan pad sesentuh serta pelbagai port sambungan USB boleh ditanggalkan. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 13.3″ IPS dengan resolusi QHD+, pemproses Intel Core i7 Generasi ke-7, RAM sebesar 16 Gigabyte dan storan 512 Gigabyte SSD.

Sebuah kamera 5-Megpixel disertakan dengan sokongan Windows Hello. Bateri yang digunakan boleh bertahan sehingga 14 jam dengan sokongan pantas yang mengambil masa 2 jam. Jenis I/O yang disertakan ialah 2 USB-A 3.0, 1 USB-C, 1 USB-C Thunderbolt dan satu pembaca kad MikroSD. Harga jualan Porsche Book One £2000 (~RM 10929) sebuah.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.