TechSemut Malaysia

Kongres Kebangsaan STEM, Majlis Profesor Negara 2017

Kongres Kebangsaan STEM, Majlis Profesor Negara 2017

Kongres Kebangsaan STEM, Majlis Profesor Negara 2017
November 22
05:51 2017

SHAH ALAM: Bertempat di Holiday Inn Kuala Lumpur, Glenmarie Shah Alam, satu Kongres Kebangsaan STEM 2017 anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) telah diadakan di sini. Kongres yang bertemakan Ke Arah Memartabatkan Kerjaya dan Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Sains dan Teknologi diadakan pada 21-22 November 2017 melalui kluster Sains dan Matematik di bawah Majlis Profesor Negara.

Kongres tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau. Dalam ucapan perasmian, beliau menegaskan bahawa generasi muda perlu dilengkapkan dengan kemahiran dan kebolehan yang diperlukan supaya dapat mendepani perkembangan teknologi masa hadapan. Mereka hendaklah diberi peluang dan pendedahan menyeluruh untuk memilih kerjaya dalam bidang sains dan teknologi.

Tambah beliau lagi, gelombang Revolusi Industri ke-4 (4IR) menyebabkan perancangan jangka panjang di kebanyakan negara dan memberi kesan signifikan terhadap pasaran buruh dan pekerjaan. Oleh itu, pembangunan bakat STEM Negara mestilah dirancang sebaik mungkin supaya dapat memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

Dalam sidang media, beliau turut melahirkan kebimbangan tentang kemerosotan calon yang layak mengambil bidang STEM di sekolah dan universiti.

MOSTI menurut beliau lagi akan terus mempergiatkan program-program berkaitan STEM dan akan mewujudkan Pusat STEM Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui Pusat Stem Negara ini, peranan guru STEM akan diperkasa sebagai penggerak utama ke arah menggalakkan murid untuk meneroka subjek STEM dengan minda inkuiri dan kreatif selain bertindak sebagai pengajar dan fasilitator. Penubuhan pusat ini merupakan satu langkah penting oleh Kerajaan dalam membangunkan bakat STEM dengan konsep ‘by design, not by chance’, menurut beliau.

Kongres tersebut turut mewujudkan kumpulan perbincangan selari yang dianggotai oleh jawatankuasa-jawatankuasa yang dilantik. Antara perkara-perkara yang dibincangkan termasuk;

1.Peluang-peluang pekerjaan graduan STEM
2.Peruntukan Aktiviti STEM
3.Pengiktirafan dalam bidang STEM
4.Imbuhan/gaji guru dan pensyarah STEM
5.Keutamaan biasiswa
6.Isu keseimbangan jantina dalam bidang STEM
7.Infrastruktur STEM
8.Isu bahasa dan pengistilahan

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com