Kononnya Huawei Mate 10 Lite masuk pasaran tapi…

Share Button

Selepas hebat dengan pelancaran Mate 10, Huawei dalam diam khabarnya melancarkan Mate 10 lite.

Namun anda jangan cepat gembira kerana ia hanya dilancarkan di Jerman setakat ini. Sasarannya lebih kepada pasaran Eropah dan ia adalah penjenamaan kepada Nova 2i.

Ia dijual pada harga EURO399 atau kira-kira RM1,958 dengan empat warna pilihan iaitu emas, hitam dan biru.

Huawei Mate 10 lite beroperasi pada skrin 5.9 inci HD penuh dengan nisbah aspek 18:9 yang bermakna ia tanpa bezel menyamai ciri siri Mate 10 lain.

Peranti di Eropah ini beroperasi pada Kirin 659 dengan sokongan RAM 4GB serta setoran dalaman sehingga 64GB.

Baterinya pula berkapasiti 3340mAh yang turut menyaksikan Huawei melengkapkannya dengan sistem operasi Android Nougat serta EMUI.

Kameranya sudah pasti menyamai Nova 2i yang sudahpun tiba di Malaysia apabila ia datang dengan empat kamera. Dua di belakang berkapasiti 16MP+2MP manakala kamera depan pula 13MP+2MP.

Lagi artikel menarik…

<!-- --> sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.