(Konsep) iPhone 2020 Dengan Rekaan Tanpa Takuk Seakan iPad Pro

iPhone 11, 11 Pro dan 11 Pro Max adalah barisan iPhone baharu dari Apple untuk tahun ini. Ia mula dijual di Malaysia hari ini. Sejak tahun 2017 lagi, rekaannya hampir sama – iaitu penggunaan takuk besar. Apple mungkin sukar untuk membuang takuk, kerana sensor-sensor untuk FaceID dimuatkan pada bahagian tersebut. Jadi rekaan sama selama dua tahun terpaksa digunakan.

Terkini @BenGeskin, iaitu individu yang kerap hadir dengan imej pengolokan konsep berdasarkan prototaip, imej tertiris atau juga paten telah memperlihatkan konsep iPhone 2020. Rekaan iPhone ini tidak mempunyai sebarang takuk dan segala sensor dimuatkan pada bahagian bezel atas peranti. Rekaan ini juga dilihat mirip dengan iPad Pro yang menggunakan FaceID. Tetapi, peniris terkenal @OnLeaks tidak bersetuju dengan rekaan ini. Antara sebabnya adalah, sensor-sensor untuk FaceID adalah besar dan mustahil untuk dimuatkan dalam bezel yang kecil. Tidak lupa juga yang iPhone 11 sekarang menggunakan kamera swafoto sudut lebar, ini bermakna lensa kamera juga semakin besar.
Apa-apa pun ini hanyalah satu konsep. Jika Apple berjaya mengecilkan sensor-sensor, atau boleh meletakkan semua sensor ini di bawah skrin – rekaan seperti ini adalah tidak mustahil.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.