TechSemut Malaysia

Konsep Kereta Api Masa Hadapan Jerman Diperlihatkan Dengan Gimnasium Dan Konsol Permainan Video Untuk Penumpang

Konsep Kereta Api Masa Hadapan Jerman Diperlihatkan Dengan Gimnasium Dan Konsol Permainan Video Untuk Penumpang

Konsep Kereta Api Masa Hadapan Jerman Diperlihatkan Dengan Gimnasium Dan Konsol Permainan Video Untuk Penumpang
November 14
05:02 2017

Pengangkutan awam di Malaysia tidak digunakan dengan meluas kerana kita telah biasa memandu kenderaan peribadi. Ia hanya popular seketika apabila harga minyak melambung beberapa tahun yang lalu. Pihak kerajaan serius mempertingkatkan kemudahan pengangkutan awam dengan pembinaan sistem MRT baru bagi mengurangkan kesesakan di Kuala Lumpur.

Di Jerman pengangkutan awam digunakan dengan meluas kerana harga tiket yang rendah serta sistem yang menyambungkan kesemua kawasan dengan baik. Tetapi ia akan menerima ancaman dari kenderaan swapandu. Oleh itu syarikat kereta api Jerman Deutsche Bahn memperlihatkan konsep koc masa hadapan mereka bagi menggalakkan pengguna terus menggunakannya.

Koc Ideenzug (kereta api idea) setinggi dua tingkat dilengkapi pelbagai keperluan moden. Terdapat ruang gimnasium yang membolehkan penumpang melakukan senaman dalam perjalanan ke tempat kerja. Terdapat juga ruang hiburan dilengkapi TV gergasi dan konsol permainan video. Koc juga mempunyai ruang simpanan basikal yang teratur disamping kerusi selesa yang menyandar dengan sistem mengurut bermotor.

Bagi perjalanan jauh pod tidur juga disediakan. Golongan profesional boleh menggunakan ruang privasi yang menghalang gangguan bunyi untuk melakukan kerja. Di Jerman mereka menyedari kenderaan swapandu mungkin akan mengancam pengangkutan awam. Di Malaysia bas shuttle percuma ke stesen MRT dituduh mengancam pengusaha teksi. Ini menunjukkan mentaliti yang wujud di dua negara yang berbeza.

Sumber : amanz.my

Related Articles

0 Comments

No Comments Yet!

There are no comments at the moment, do you want to add one?

Write a comment

Write a Comment

Your email address will not be published.
Required fields are marked *

CAPTCHA

*

Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com