Samsung Galaxy S dan Samsung Galaxy Note mempunyai dua perbezaan yang paling jelas, iaitu saiz skrin dan kehadiran S-Pen. Kemudian, bertahun lamanya siri Samsung Galaxy Note hanya mempunyai satu model – untuk Note 10 kelak ia mungkin akan hadir dengan beberapa model berbeza. Rekaan juga dikatakan adalah lebih berbeza dengan Galaxy Note lain, contohnya menurut laporan – Note 10 akan menggunakan rekaan kamera menegak.

Terkini, imej yang dikatakan adalah modul kamera buat Samsung Galaxy Note 10 telah tertiris. Berdasarkan modul yang tertiris dan informasi yang diperoleh sejak kebelakangan ini, Phone Arena telah cuba menghasilkan imej pengolokan untuk Galaxy Note 10. Rekaan ini adalah mirip dengan siri Galaxy A.

Ada kemungkinan besar yang Galaxy Note 10 tidak lagi akan sertakan sensor mengimbas nadi, tetapi digantikan dengan sensor ToF (time of flight) dan sensor pencahayaan banjir. Rekaan seperti ini juga bukanlah yang pertama buat peranti Samsung untuk sebuah peranti mercu. Galaxy Fold juga menggunakan rekaan posisi menegak yang lebih kurang sama. Galaxy Note 10 hanya akan dilancarkan beberapa bulan lagi, jadi tenang sahaja dahulu jangan terlampau berharap.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

ERROR: si-captcha.php plugin: GD image support not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable GD image support for PHP.

ERROR: si-captcha.php plugin: imagepng function not detected in PHP!

Contact your web host and ask them to enable imagepng for PHP.