Tempahan untuk iPhone X sudah dibuka di beberapa pasaran dunia dan akan mula dijual pada bulan November. Bagi kebanyakan pengguna ini ialah satu-satunya iPhone yang wajib dimiliki tahun ini kerana perubahan rekaan yang drastik serta fungsi eksklusif Face ID. Bagi bakal pembeli, kos baik pulih adalah faktor yang dipertimbangkan. Di Amerika Syarikat harga rasmi menggantikan skrin telah diumumkan dan ia adalah $279 (~RM 1183).

Kos untuk membaik pulih kerosakan lain pula adalah $549 (2328). Ini ialah harga untuk pengguna di Amerika Syarikat sahaja dan biasanya lebih tinggi di Malaysia. Apple turut menyenaraikan kos baik pulih skrin dan kerosakan lain untuk kesemua model iPhone yang dihasilkan mereka.

Oleh sebab itu perkhidmatan Apple Care bernilai $199 (~RM 844) ditawarkan. Sekiranya Apple Care diambil, kos baik pulih skrin turun ke $29 (~RM 123) dan kos baik pulih lain pula adalah $99 (~RM 420).

Sumber Apple Support menerusi MacRumors

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.